Monday, June 25, 2012

Jalan jauh kesana


Jangan putus asa sahabat, rahmat ALLAH itu amat luas. Jika saat ini kau seorang, ingat DIA bersamamu. Hidup ini bukan sia-sia, kita ada pencipta.

Monday, April 16, 2012

Hujan

Sumber gambar: kambengkarbonat.blogspot

Hujan pasti akan berhenti..

Kata-kata ini dari ayahku yang sering ku genggam.  Seberat mana pun dugaan yang kita hadapi, dugaan itu pasti akan berakhir jua. Malam akan tetap berganti siang. Duka akan tetap berganti riang..

Saturday, March 24, 2012

Kasih

Kasihilah insan yang anda benci, kelak kasih itu akan menjadi benteng untuk anda lebih mengasihi diri anda

Wednesday, March 21, 2012

percaya pada cinta


Percayalah, dalam kehidupan ini ada cinta, walau beribu kali kau pernah patah hati, kadangkala tuhan sekadar mendidik, bahawa cinta kepada manusia itu mudah datang dan pergi.

Cinta pada diri, percaya pada diri, kelak kau akan kuat dalam bersendiri. Kau akan kuat walau keseorang, kau akan kuat walau dilihat sepi.

Cintai dirimu, kelak kau akan tahu dunia digenggamanmu.

Langkah, terus melangkah, segala yang kau citakan. Walau impian segila majnun dipadang pasir.

Cintai aku dahulu!

sumber foto:Kelly Rae

Kenapa?

Kenapa blog ni tercipta? Sebab disatu malam yang bosan, aku rasa aku perlu buat sesuatu dalam hidup aku.


Apa perlu dalam hidup? Inspirasi.

Hidup adalah satu pilihan samaada untuk sekadar disesali atau untuk dinikmati.